Program Kidspreneur Cohort 5 – Webinar 3

7 September 2025 | Aktiviti Terkini

Linggi, 6 September 2025 – Pada hari ini telah diadakan satu kelas webinar bertajuk “Pemasaran dengan Elemen AI” untuk peserta yang menyertai Program Kidspreneur Cohort 5 NADI Linggi. Ini adalah webinar yang ke-3 daripada 4 webinar yang perlu peserta lengkapkan dalam cohort ini.

Webinar hari ini dikendalikan oleh Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir yang berkongsi ilmu pemasaran dengan pendekatan mudah dan interaktif.

Sepanjang sesi selama satu jam, peserta didedahkan dengan maksud sebenar pemasaran serta bagaimana AI boleh membantu usahawan kecil memasarkan produk mereka dengan lebih berkesan. Menariknya, peserta juga belajar menggunakan ChatGPT untuk menghasilkan poster perniagaan yang kreatif. Di akhir sesi, mereka turut menjawab kuiz pemahaman bagi menguji sejauh mana pengetahuan yang diperoleh.

Program ini bukan sahaja memberi ilmu baharu, malah turut memberi inspirasi kepada generasi muda untuk lebih celik teknologi dan berani mencuba inovasi digital dalam perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali